ISLAM

Tuesday, April 25, 2006

ISLAM

Islam (الإسلام) adalah agama yang satu yang mentauhidkan Allah dan telah lama wujud sebermula dengan Nabi Adam a.s. sehingga Nabi terakhir Nabi Muhammad s.a.w. Cuma yang membezakan (antara nabi-nabi) ialah dari segi syariat sahaja. Nama Agama Kristian dan Yahudi adalah merujuk kepada kaum atau rasul pada masa tersebut. Sedangkan Agama (syariat asal) Kristian dan Yahudi adalah Islam. Lebih 1.8 bilion Muslim (Islam adalah agama kedua terbesar di dunia), percaya Islam diturunkan oleh Allah kepada kesemua rasul-rasulnya, termasuk Nabi Adam A.S., Nabi Noh A.S., Nabi Ibrahim A.S., Nabi Musa A.S., Nabi Isa A.S. dan akhirnya Nabi Muhammad s.a.w., dimana syariat-syariat asal Kristian dan Yahudi adalah terbatal dengan turunnya al-Quran. Mereka yang menerima dan mengamal ajaran agama Islam digelar Muslim.
*Nota :(Semua makhluk yang berada di alam ciptaan Allah ini termasuklah tumbuh-tumbuhan, binatang, angin, air, bumi, bulan, matahari dan segalanya adalah patuh dan tunduk kepada ketentuan yang ditetapkan oleh Allah swt.Semua makhluk tersebut dan termasuklah para Malaikat dan sebahagian manusia dan Jin yang patuh adalah Islam kecuali Iblis dan Jin yang engkar tunduk dan patuh kepada Allah swt).

Umat Islam percaya Nabi Muhammad saw diutuskan oleh Allah, dengan al-Quran sebagai kitab terakhir daripadaNya. Tidak seperti Yahudi dan Kristian, Islam tidak pernah berubah dari segi akidah. Islam kepercayaannya adalah satu. Kemudian terbahagi kepada beberapa kumpulan fahaman dengan dua kumpulan utama iaitu ahli Sunnah wal jamaah (Sunni) dan Syiah. Sesetengah menganggap Sufisme sebagai salah satu mazhab dalam Islam.

Dalam Islam, ada tiga konsep yang penting iaitu Iman, amal dan Ihsan. Secara ringkasnya Iman adalah berkaitan dengan kepercayaan (aqidah) seorang Muslim. Kepercayaan ini bersandarkan kepada enam perkara yang disebut Rukun Iman. Rukun Islam pula berkait rapat dengan tanggungjawab seseorang Muslim yang perlu dilakukan. Manakala Ihsan menyentuh adab adab seorang Muslim.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


 
 

ke atas